Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 2, 2010

Gusi Bengkak

Curhat by I E Z S M Y at 11/02/2010 09:19:00 PM
terjadi hari ahad. tak perasan sangat. tapi dah rasa macam tak selesa masa mengunyah. hari isnin baru betul betul bengkak. T__T tak selesa betul, rasa ngilu, gatal semua ada. huh. tak suka tak suka tak suka!

sebab apa ya gusi bengkak? ini yang saya sempat google.

Gigi dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan tertanggal.

Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.

terima kasih ensiklopedia bebas~wikipedia

saya ingat sebab terlalu aktif mengunyah. pelanggaran antara gigi dan gusi menyebab kan gusi bengkak.fakta tak boleh pakai ok. merepek lebih. =)

tapi rutin makan saya tetap seperti biasa. (^_^) cuma makanan lembut aja, yang keras tolak tepi dulu. dah baik baru makan balik. hehe. dasar kuat makan! huh. ubat?first saya dah beli dari farmasi, tapi sebab saya selalu mengadu pening kepala lepas makan ubat tu, si dia belikan ubat ini.


dia kata, ubat ni lagi berkesan. berkesan la sangat, lebih kurang aja pening jugak lepas makan. jadi mamai pulak dah. sabau je lah. huh. cepat lah baikkkk.... T__T



notasajatambah: 3 days to go!!! (^____^)


0 curhat:

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting