Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

aku malas sekarang kbai.

Curhat by I E Z S M Y at 4/23/2012 03:26:00 PM 0 curhat
malas. lemau. penat. ngantuk. nak nangis rasa. sobs sobs.

sedang berperang dengan 1st trimester yang kadang2 ok kadang2 ko. bila ko tu yang tak tahan. mujur tak ada sickness yang gila, just mual main2 geli2 tekak yang buat aku cakap, haihh sabooo jelah.. tapi bersyukur sebab tak ada morning sickness yang serius.


minggu lepas ke pasar malam, sambil2 carik makanan, carik jugak buah ni.

the bestest pelam evah!


aku beli sekilo. banyak jugak. "ni nak makan ke melantak?" si dia tanya. "melantak bang.. buat macam makan nasik.." *sengeh perli kat dia.. si dia geleng kepala. haha.

sampai rumah, suruh mak buat jeruk, tapi mak cakap pelam tu dah bersabut. "nak buat jeruk kena la pelam muda, makan krup krap bunyi baru sedaappp.." e'eh mak, mana la tau pelam tu dah bersabut ke belum, asal nampak ijo ngan keras tu muda la tu. tak pe lah makan colek pun sodap. tiap2 kali pegi pasar malam memang itu yang aku carik. jadi bekalan sentiasa ada sepanjang 1st trimester ni. hehe. sori baby, mummy terpaksa makan. tapi mummy tak makan hari2 pun.

*********************************

currently si dia teringin nak makan ubi keledek bakar. first and last kami makan masa kat Genting. memang sedap especially makan masa panas berasap.






dan sekarang si dia dah mengidam. me.ngi.dam. jadi, siapa yang pregnant sekarang?? okbai.










Thursday, April 19, 2012

Kanak-kanak selamanya.

Curhat by I E Z S M Y at 4/19/2012 04:26:00 PM 0 curhat
umur dah meningkat. dah nak jadi mak budak tak lama lagi, tapi perangai kanak-kanak ribena tak boleh nak buang. dah di uli dan di gaul sebati dalam diri iniw. gituu..

aku suka barang2 comel, suka tengok kartun, suka mewarna, suka melukis, suka makan, makan, makaaannnn ok cukup. satu lagi aku suka tengok kapal terbang atau helikopter yang tengah terbang kat atas. suka sangat. pelik jugak kadang2 tak paham. haha.


suatu hari kami berdua tengah sarapan kat Restoran Zaman, (orang Kuantan mesti tau kat mana). tengah tunggu nasik lemak signature diorang sampai tiba-tiba kapal terbang lalu, baru naik dari airport. jadi...

aku: haaa kapal terbang!! kapal terbang!! sambil muncung mulut, mata bulat excited. dan tengok sampai hilang..
si dia: lohhh macam tak pernah tengok kapal terbang..... ayat sarcastic+tegas+muka sangat menjengkelkan..
aku: huh serius sangat! sukati lah. dalam hati. muka berlagak kewl sambil kunyah nasik lemak..huh.


kalau kat rumah, dengar bunyi kapal terbang/helikopter je aku dah berlari2 ke luar nak gi tengok. tengok lah sampai hilang tak nampak dah. lepas tu masuk rumah buat muka cam tak ada apa2. kehkeh. yelah orang tak pernah naik lagi, cam ni la gayanya. haha.



baby boleh la ikut perangai mummy, nanti kita boleh tengok sama2, excited sama2 yeeekk.. daddy tak payah! lalalaaa..



ok bai lapar.











Friday, April 13, 2012

Perkhabaran baru.. gituu..

Curhat by I E Z S M Y at 4/13/2012 04:18:00 PM 4 curhat
agak lama tak update. kurang sihat. dah terkena buatan orang. iaitu suami sendiri. sobssss..

baca lah explanation & kronologi yang panjang ni. *bajet crime scene konon ada kronologi.


minggu 1 - 8hb 4 hari tu aku mengalami simptom yang pelik, mengantuk amat, mual2, cepat penat, agak grumpy. huh pelik tu. tapi aku buat bodo je. kadang2 je rasa macam tu. makan benda masam hilang la kejap. sebab tu beli le apple hijau. ehe. sampai lah malam ahad 8hb 4, ada dinner dengan famili si dia dekat New Horizon, aku rasa kurang selera sangat. makan pun slow motion. setiap kali suap, rasa nak muntah. tengok udang tekak geli. eh apahal? padahal udang tu lah favorite sekali. tapi aku makan jugak, even slow, si dia pun pelik kenapa aku makan slow sangat, kenapa aku tak makan udang, sebab biasa bab makan aku paling laju. dan malam tu aku rasa lauk2 dia tak sedap. gara2 kemualan melampau. eeeee...


esok pagi subuhnya, hari Isnin, sebelum pergi kerja, tergerak hati nak buat UPT, jadi sementara tunggu result, aku mandi, dah sudah mandi, tengok test kit..........





ada dua line! ok.. ok... rahang jatuh. ok... UPT tak tipu.. 99.99% ketepatan nya. lagi 0.01% dari doktor. aku gelabah sorang2 dalam bilik air. kahkah.






jadi, cepat2 keluar, kejut si dia suruh mandi, cakap ada benda nak bagitau niii cepat mandiiii. dengan mamai si dia pun pegi. dah sudah, aku pun tunjuk test kit tu, si dia bengong2, harus lah mana la laki paham line2 tu ada 2 ke 3 ke.. aku pun bagi kotak test kit tu,


"oooookkkk.. jadi?" si dia tanya.. ehh lembap pulak dia ni.
"tengok la dua line tu maknanya apeeee??" aku balas.
"pregnant?" si dia tanya.
"haa lah.." aku balas.
"boleh caya ke benda ni?" si dia bidas. e'ehh?
"boleh.. upt selalu betul. nak lagi betul cek ngan doktor la berape minggu.." aku cakap.
"hmmm ok.. jap lagi gi hospital.." tak nyempat2 pulak dah kan. hmm yelah..


pagi tu, masuk ofis jap, lepas tu excuse nak gi hospital, tempat si dia bekerja. jumpa doktor, buat ultrasound, bla bla bla.. doc kata dah 6 minggu. Alhamdulillah. seronok tengok si dia yang tak habis2 menyengeh sepanjang hari. seronok sangat le awok yek..

dalam kereta on the way balik ke ofis, tiba2 teringat, sabtu sebelum tu, 7hb 4, aku pegi Gambang Waterpark, sempat main air debush debush terjerit-jerit takut jatuh dari pelampung. even masa memula sampai, naik tangga dah semput sesangat. tapi lepas tu haa berkali2 dok ulang naik gelongsor je kejenya. sampai si dia dah tak larat, eh aku larat lagi. nasib tak jadi apa2 yek. haha. last la kot, pasni tak leh main dah. sobs sobs..






tak sangka, ada budak kecik yang membesar dalam perut aku nanti. huuu. dok baik2 dalam rahim mummy ok baby..*touching sobs..




bai.










Wednesday, April 4, 2012

Le Apple

Curhat by I E Z S M Y at 4/04/2012 09:26:00 AM 0 curhat





Le me likes le green apple the most.







2 days to go.. smizeeee...









Monday, April 2, 2012

Mondayz zzzz.

Curhat by I E Z S M Y at 4/02/2012 11:42:00 AM 0 curhat
it's another new week!


terasa weekend haritu kejap sangat pulak. lebihkan banyak masa kat luar je. Sabtu keluar, Ahad pun keluar. duduk kat rumah in law rasa sekejap je. Ahad malam dah balik rumah aku. hmm..


semalam dah plan nak tukar lagu2 winamp dalam pc ofis ni. dah sebulan lebih dok dengar lagu2 cinta masa kawen haritu. lagu slow kan, patut la ngantuk buat kerja. jadi hari ni aku tukar dengan lagu2 My Chemical Romance, The Script, Crossfade, Panic! at the Disco, Fall out Boys, Linkin Park etc. awake enough?? ye aku rasa kurang ngantuk sekarang. nampak gayanya muzik memainkan peranan jugak dalam menentukan tahap kemengantukan seseorang. apa entah ayat ni.


entry tak ada motif gayanya. lantak lah. weekend ni kami bercuti kat tempat tinggi. tak sabar sangat rasanya. (^_^)



okbai!





yawn.....zzzzzzz.....








 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting