Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 13, 2012

Sweet seventeen.

Curhat by I E Z S M Y at 7/13/2012 09:28:00 AM 0 curhat
eh ai always cute lah.



HAPPY BIRTHDAY TO ME YESTERDAY!! eh? haha.


sweet 17 for I-dont-know-how-many-times-haha. age is just a number. I still feel young bahaha! ok cukup la perasan muda kau dah nak jadi mak orang dah peahhh oii.


no celebration was made yesterday. sedih? takkk.. tak perlu parti2 buih terkinja kinja sambil minum air oren segala bukan muda lagi pun. eh sedar pulak haha. tapi janji dengan si dia kena belanja makan hujung bulan nanti. ok sekarang pikir nak makan apa. harus yang berharga sikit haha. hmmm aku teringin makan lobster. eh bukan, sikecik ni buat aku teringin nak makan itu. sorry sayang, mummy terpaksa gunakan kamu. kehkeh. si dia mungkin kata ok, tapi muka ketat sambil menjeling tajam haha. eleh tak heran, jelingan aku lagi tajam lah.


jadi semalam tak ada lah surprise yang melampau sampai rasa nak menetes air mata ni haa. cuma ada la jugak, orang ofis belanja breakfast n lunch. terima kasih! lepastu balik kerja macam biasa. malam si dia masakkan dinner, lepastu puji lah sedap sebab nak mintak dia basuh pinggan sekali haha. birthday girl kannn. terima kasih daddy sayang! walaupun muka dia ketat. huh. bukan selalu pong.


ok lah bai. nanti update lagi. kot.










Monday, July 9, 2012

Senin yang _______ (sila isi tempat kosong)

Curhat by I E Z S M Y at 7/09/2012 10:46:00 AM 0 curhat
oh dont disturb me please, my sleep is so precious.


bangun pagi memang liat.. bese lah hari senin kan. lagi2 semalam hujan, langsir tutup sebab takut kilat, jadi pagi tadi bilik gelap, sejuk. si dia? berbungkus sedap gila dengan comforter. jeles. aku tetap kena bangun jugak. dah siap mandi, baru kejut si dia.


amekaw. hari ni lambat. si dia lah, sebab masuk pukul 8, aku tak pe. HR kan, sukati la nak masuk pukul berapa. peehh bahagia hidup kan. tolong jangan tiru perangai ni. hehe. macam biasa, pergi ofis dia dulu, punch card, baru hantar aku.


beli sarapan sebelum aku masuk ofis. bayi perlu makan, kalau tak dia sepak + guling2 dalam perut. aktif sikecik ni sekarang. (^_^)


minggu lepas checkup, seronok tengok sikecik main2 dalam perut. tangan kat muka, kaki kat muka, satu badan doktor bagi tengok. ok kira jari dia ada berapa, 1,2,3,4,5.. doktor tolong kira. haha. paling best, dapat tengok part 'tu'. suka sangat daddy dia. dah boleh beli barang secara spesifik dan detail untuk sikecik.ohh 'tu' adalah rahsia. hehe.


lagi seminggu lebih nak puasa, tak lama dah nak raya. eh aku pikir raya lebih2 pulak. puasa dulu la oi.

minggu ni ada special day aku. ehe. lagiiiii 3 hari. huehue.


mengomel secara random. ok lah tu, aku bukan selalu update pun. lagi suka tidur je. haha. okbai.










maru kucing bulat comel yang suka kotak. nak cubit pipi dia, nak tarik misai dia, nak pelok dia!
aarrrggghhhhh!!








 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting