Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 25, 2012

camni la kalau dah kawennn...

Curhat by I E Z S M Y at 6/25/2012 11:54:00 AM 0 curhat
kadang2 terasa misteri bila kita tak tau rupa sebenar anak yang dalam perut ni. ikut rupa mak nya ke, bapak nya ke. chubby ke pipi labuh ke. 4d scanner kan ada.. eh memang lah, tapi takkan setiap kali checkup nak scan 4d aje kan. bukan murah pun harganya haa.

terasa macam masuk Deco bersama Eric Leong, bila kita kena tunggu laaamaaa lepastu bukak pintu dia jerit "SURRPPRIISEEEEEE!!!!!!!!" dengan muka hepi gile. oh mak kau tekejot mak jemah haaa. hmm aku rasa macam tak ada kena mengena pulak. eh lantak lah lebih kurang la kot.

tapi maksud utama dia adalah MISTERI. tak sabar pulak nak tunggu si kecik ni keluar.



*****************************************


kesinambungan dari tajuk kat atas. camni la kalau dah kawen. kurang masa nak berblog bagai. lagi pulak tak ada isu yang nak di bangkit kan. eceh. lebihkan masa dengan suami. berguling2 dengan suami. eh maksud nya bergurau senda sambil tengok dvd. jangan pikir bebukan sangat.

tambah lagi tengah berbadan dua. dulu berangan nak berbadan dua, sekarang realiti dah haa amekaw. memang aku nak berehat je banyak2 sambil mengunyah. dan badan dah start mengembang. oh jeles tengok orang badan kurus. wuuuu...

jadi memang jarang lah nak hadap benda alah blog ni. ok bai.









Friday, June 1, 2012

Malu nya!!

Curhat by I E Z S M Y at 6/01/2012 11:10:00 AM 1 curhat
Assalamualaikum. baik harini jumaat kan. haha. I'm back after 2 weeks 'hilang' hehe.


my condition is getting better, the baby is 13 weeks old now. kadang kadang terpeleot jugak dengan drama muntahan segala, tapi dah imun dah haha. selagi tak keluarkan isi perut, aku tak kan rasa selesa.


i have no problem with foods. memang macam tong sampah telan je semua haha. perangai tak berubah dari bujang dulu. tapi ada jugak yang kadang tekak tak boleh terima dan makan sikit je. perlu kenyangkan perut ni sentiasa, kalau tak memang rasa tak selesa nak buat apa2 sebab asik bunyi kelaparan. haishh. hari2 akan bawak satu beg makanan dari rumah, makanan kering macam kerepek2, mushroom soup 3 in 1 tu, biskut, yogurt, air masak mesti bawak dan lain2 ikut apa yang ada kat rumah. dalam laci ofis dah ada kurma, badam, asam, gegula. sangat variety haha! itu bahan2 untuk mengunyah semasa bekerja. boleh pilih salah satu. mushroom soup tu optional kadang terasa nak makan yang agak berat antara pukul 2pm - 530pm tu, just pour the boiling/hot water dan cicah ngan roti/biskut. done! kenyang la kejap sebelum sampai rumah. but mostly setiap masa aku mengunyah, sebab tu kena ada makanan kering. lunch n dinner aku makan nasik dan kena ada sayur. bukan la aku makan kerepek je setiap masa yek. bayi ikut perangai mak dia haha.


2 days ago, aku kerat rambut, fuhh lega ringan kepala, kurang sakit kepala dah.


next week 2nd monthly check-up. mummy dan daddy nak tengok kamu ye baby. please behave. haha.


************************************


on the other hand, ini cerita yang kadang tergelak sendiri. see the picture?



kadang aku tersarung macam ni masa nak keluar dari bilik kat ofis. boleh? nasib tersedar sebab tengok bawah. eh?alamak.. pastu gelak sorang dan pi tukar balik.

selipar belang tu memang dok kat ofis sebab masa belum kawen, aku pakai wedges, jadi perlu ada selipar spare untuk senang aku berlari2 dalam ofis compare kalau berlari pakai wedges, rasa nak terpeleot. dan sekarang dah ada budak kecik ni aku pakai sandal je. kaki kan panjang memang tak dok diam bawah meja, bila nak keluar bilik, main sarung je tak tengok apa dah. jadi la macam tu. tak apa tak ada orang yang nampak lagi. huehue.



okeh bai!










 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting