Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

Marimar Auuwwww!!

Curhat by I E Z S M Y at 2/10/2011 12:21:00 AM 0 curhat


suka tengok diorang miming lagu. sangat bersungguh2!! huhu. sapa2 yang stress tu boleh tengok video ni, terhibur la sikit jiwa dan raga. hehe =)

ada banyak lagi video lain, nak tengok diorang miming, gi kat Youtube, search 'moymoy palaboy'.

babai!!!!!!!!! =)


Wednesday, February 9, 2011

hampir hampir jadi orang jakarta.. (-_-')

Curhat by I E Z S M Y at 2/09/2011 12:00:00 PM 2 curhat
ibuk, bapak..Selamat Datang ke JAKARTA..


= O


tidakkk, tamau!!!


ok. tu intro je. hihi (^_^) semalam, lepas setel interview hampeh tu, si dia ambik saya. tak, saya suruh si dia ambik saya. tanggungjawab seorang suami perlu dimulakan sekarang. haha =D tiba tiba.

dah masuk kereta, tiba tiba si dia berkias pada saya..


mahukah anda menjadi puan?

ha? =O

mahukah anda menjadi ibu?

haa? = O

tak de apa lah.

haaa? = O
bagitau la apa benda ni.

tak, encik K (nama perlu dirahsiakan) offer abang keja kat Jakarta. jadi pengarah urusan.

HAAAA??? = O


ok cukup. sepanjang perbualan saya banyak haaa aja. bukan pekak, tapi tegezut. its jakarta ok. bukan raub ke bentong ke apatah lagi kedah. pegi sana kena naik kapal terbang. bukan naik kereta. (-_-')

si dia kata kena bagitau keputusan kat encik K malam tu jugak, that means malam semalam la, that means kami kena nikah/kawin, dan si dia akan bawak saya pindah ke sana. kalau tak, kena tangguh kawin lagi setahun. woii gila apa! lamanya. huh tamau tamau. macam2 saya pikir, mak abah macamana, kalau ada emergency macamana, kalau jadi apa2 masa tengah jalan macamana. ish!

sampai rumah, mandi, relax sikit, tapi kepala dok pikir jugak. cettt. si dia mesej, tak terima offer tu. YEEEEAAAYYYY!!!!! lega gilak!! haha =D

agak banyak keburukan dok kat sana. hmmm antaranya, masih ingat masa rusuhan 'sweeping orang malaysia' kalau tak salah, tahun lepas


sekarang memang dah senyap, tapi mana tau akan datang jadi lagi. tu salah satu sebab, yang lain tak payah la cerita kat sini, kang tak pasal2 kena block pulak blog ni. T___T

ok dah. babaiiii!!!!


notasajatambah: dok kat malaysia lagi best =)


Tuesday, February 8, 2011

Foods Heaven > A dinner with Mr. Fiance

Curhat by I E Z S M Y at 2/08/2011 09:41:00 PM 2 curhat
perasan tak 2,3 hari ni saya post pasal makanan je? ok foods love me! haha. =D layaannn...

as in the previous post, kat ruangan bawah sekali kale oren tu, saya ada bagitau teringin nak makan western kan. so semalam, 7hb 2, saya dan si dia keluar untuk dinner.

kononnya nak makan kat LemonGrass, tapi macam mahal pulak. so si dia suggest apa kata kita makan kat sini.

saya cakap, eee kat sini ramai cina lah, tak nampak melayu makan pun, lagipun ada western ke. tapi masa sampai tu, tak ada orang sangat pun. lengang sangat. so, tak apa lah, kita cuba ok. so amik tempat kat luar, dan order. lepastu baru perasan ada melayu makan situ. heee =)

appetizer: chicky pops. dalam menu tulis gini. rupenye chicken popcorn. haha. cehh

menu si dia: nasi goreng kampung ayam kot. ingat2 lupa dah. oh ye, dalam bulatan tu garpu, saya cuba musnahkan kuning telur tu. sangat dengki!! =D
air si dia: jasmine tea with honey. tak sedap! pahit. tapi si dia kata sedap. ha = o ?

ok ni gambar menu si dia dari atas. telur kuning yang subur. hahaha =D

air saya: hot chocolate. sedap2!!

menu saya: chicken grill with black pepper sauce

ini dessert. aiskrim. tapi saya tak order. =)

si dia cuba habiskan chicken pops yang banyak. sangat bersungguh sungguh. kesian T__T

muka kenyang. =D

so, sesiapa yang berminat nak mencuba boleh ke sini ya

Address:
Red Flora Cafe
40, 42 & 42A, Jalan Putra Square 3. Kuantan

kat sini selain western, nasi goreng, mee goreng/sup, breakfast pun ada. selamat mencuba. belum cuba belum tau. heeee (^_^)


babai!!!!


notasajatambah: 2nd interview yang hampeh! huh


Monday, February 7, 2011

Mix-cacar marba-campur campur-kelam kabut-bla bla

Curhat by I E Z S M Y at 2/07/2011 03:38:00 PM 4 curhat
sesi mari mengomel.. tiba tiba terasa yang blog ni sangat cacar marba. tau kan apa tu? bercampur2. macam rojak atau makanan kat bawah ni. semua nak letak. janji boleh makan. layannn...







kadang kadang terasa blog ni macam tak ada motif. yelah kalau saya jalan blog orang lain, ada jugak motif dia, pasal kawin ke, pasal makanan ke hobi ke apa2 aja. dan terus terasa down tengok blog orang lain macam beh je. tapi blog kita macam hampeh je. ye tak? kalau ye sila geleng. haha =D

anyway, blog saya adalah blog peribadi, so apa yang saya post adalah mengikut kehendak dan perasaan saya masa tu.sebab tu macam rojak. B-)

jadi sapa2 yang baca tu boring, tak payah la baca ye, kalau rasa beh n nak share apa2 komen2 la sikit. lepas tu follow lah saya ye, kalau nak berkawan pun boleh..semua tu tak kena bayar pun kan.

ok jom makan. air liur dah meleleh leleh dah ni.

babai!!!!!


credit picture from Google


notasajatambah: lega dah dapat 2nd interview esok. insyaallah akan dapat kerja

Sunday, February 6, 2011

Foods Heaven

Curhat by I E Z S M Y at 2/06/2011 08:56:00 PM 2 curhat
Food loves me! iihhii tetiba. (^_^)

malam semalam bersamaan 5 Februari 2011, mak abah kaklong dan saya keluar bermakan malam di luar. perkara ini di usulkan oleh kaklong, yang tiba2 bertanyakan kat mana tempat makan best kat kuantan? weh apsal ayat skema pulak ni? cettt! saya pun cakap la ikan bakar. tu kan trademark outsiders kalau datang kuantan mesti bawak gi makan ikan bakar kan, kan?kalau salah tolong betulkan..heeee =B

tapi tiba2 saya teringat yang abah pernah cakap teringin nak makan satay. so saya pun bagitau pada kaklong, dia pun ok. so, first in my mind adalah Terminal Satay Zul. the best satay in Kuantan. i guess. hehe. lepas maghrib terus gerak ke sana. tapi.....sesampainya kat situ....

T______T

it's FULLY seated. FINE!

tambah lagi ada customer yang tengah beratur tunggu giliran nak makan situ. hampeh tul. yup, satay zul memang selalu penuh. FINE! dah tau selalu penuh apsal tak booking dulu? FINE! salah sendiri. T__T
perhatian pada outsiders yang teringin makan satay zul dan dalam kuantiti orang yang ramai, sila tempah meja seawal yang boleh, kalau tak kempunan. okeh.

teruskan.

kemudian, saya terus teringat eh ada satu lagi restoran satay baru kat kuantan ni, boleh la kot cuba. so terus ke sana. this is the place........ (^_^)

Restoran Sate Ketupat

nak tengok peta, klik gambar untuk besarkan =)

credit picture from FB Restoran Sate

ia adalah sate kajang yang ada ayam, daging dan terbaru kambing. untuk ayam dan daging RM0.70, tapi kambing RM0.90. harga yang agak berpatutan. selain sate, restoran ni ada nasi lemak jugak.

ini gambar yang saya amik, maaf kualiti agak kureng, sebab pakai hp, dan keadaan yang agak gelap. heeee =)

ayam

daging

kuah kacang dan ketupat

yang tengah tu adalah sambal, kuah kacang kan biasanya agak pedas sebab dah campur sekali dengan lada etc kan, tapi kat sini dia asingkan, mungkin sebab untuk budak2 yang tak makan pedas..

konon nak cuba nasi lemak, tapi kekenyangan makan sate pulak. T__T

dah habis makan tetiba, ada makhluk TUHAN paling C O M E L ni mengendeng mintak makanan.

jangan la amik gambar, saya maluuuu...uuu....

mata bulat dan besar, comeelll!!! tapi apsal kau tunduk muka? cett!

gubu gila okeh! ekor kembang setaman, dalam gambar tak nampak pulak. heee. tapi tak kan kucing gebu macam ni tak ada orang yang punya kot. hmmmm =/

okeh babai!


notasajatambah: teringin nak makan western pulak heeeee (^_^)


T E R U J A = O

Curhat by I E Z S M Y at 2/06/2011 12:10:00 AM 0 curhat
even wedding diorang ni dah agak basi.. hmm tak la basi sangat baru berapa bulan lepas je kan.. saya agak teruja dengan wedding diorang ni.. dari segi baju, mekap, pelamin, walkway, semua semua, sangat woww! sumpah teringin nak macam tu.. tapi, kau artis ke??? jangan berangan okehhh...sudah!

T E R U J A = O satu


ok.. cuba korang kira berapa pasang baju yang ayu pakai? cepat kira!

banyak kan.. nganga = O

dalam banyak2 kat atas tu, saya suka baju ni, aaa tak pasti baju ni untuk reception mana.. but i like it! sebab saya memang mahukan baju reception yang macam ni, chiffon wedding dress, except yang senggat2 kat dress tu. kalau tak ada lagi cantik kot... =)

T E R U J A = O dua


marion counter wedds.. aaa tak, bukan saya nak pelamin macam ni. saya tepek gambar ni sebab mengagumi kegigihan wedding planner membuat memintal mendeco bunga2 yang besar gabak tu. sumpah nganga tengok walkway n pelamin tu. = O

T E R U J A = O tiga

sengaja wajah marion tak nampak sangat. sebab saya fokus kat veil tu aja. haha =D yup, veil cantik. and im looking for that too. veil nikah chiffon yang panjang dan biru, tapi bukan details kat hujung, saya mau details kat atas kepala, sebab saya tak mau pakai any crown kerawang tiara segala. less is more.. ecceehh... =p

ok itu aja. mungkin ada lagi gambar yang lagi T E R U J A = O , tapi buat waktu ni, ini je yang saya sempat tepek. heeee =B


notasajatambah: si dia nak wedding english version. a what? nganga = O

Saturday, February 5, 2011

Memorable moment ever

Curhat by I E Z S M Y at 2/05/2011 11:34:00 PM 0 curhat
tiba tiba . . . . . .



teringat masa si dia melamar saya hari tu . . . . . . . .



"sudikah awak...jadi isteri saya...dunia...akhirat..?



indahnya . . . . . . .



sukanya . . . . . . .



terharunya . . . . . . .



nak nangis, tapi airmata tak keluar pulak . . . . . . . haha =D


T___T


abang....jom gi genting lagi...tolong lamar saya lagi...

puhh lisssss.... * buat muka comel...heeee....


padahal alasan nak gi berpoya poya kat genting je. cetttt!!


notasajatambah: nak gi genting =*


Surveying

Curhat by I E Z S M Y at 2/05/2011 12:05:00 AM 0 curhat
I am back from a looonnggggg rest. iihhhiii.. (^_^)

oh. alasan. saya malas nak update sebenarnya. in fact, it is nothing to update actually. =/

okayy! jangan pedulikan itu. teruskan.

now im in the period of surveying the bridal vendors. wedding planner, catering, photographer so on so on..

babai!




peace!




(e_~)




notasajatambah: hihihi

 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting