Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 4, 2012

after a month plus plus plus...

Curhat by I E Z S M Y at 9/04/2012 04:01:00 PM 0 curhat
Assalamualaikum..

after a long hiatus, I'm back and have a reason why I didnt update this blog.



M A L A S .



followed by several reasons - no time, tired, no story, sleepy, need much time to munch and eat haha!


but the main is malas. biasa lah ibu mengandung. apa lagi selain berehat dan makan-makan-makan.. until i gain 4kg after raya. that's the greatest achievement ever! hahaha. masa bujang dulu, nak dapat 4kg adalah dalam masa 4-5 tahun. tapi kali ni dalam masa sebulan je. wow! terkejut mak jemah. kesan dari makan macam2 tanpa henti. amekaw.


dalam kepala kalau doktor tengok ni mesti kena minum air gula. sebab berat naik tiba2 dan pernah di kesan ada gula dalam air kencing masa checkup dulu2.


dan memang betul pun. haa padan muka kau! sobs sobssssssss. ingat dah boleh terlepas. sobsss. hadap je lah jumaat ni. sobsss. sapa suruh makan minum air manis tak hengat?? sobsss.


kena injek kancing gigi, si dia mengusik "aaaa doktor, tu jarum saiz berapa? apsal kecik sangat? bagi yang paling besar lahhh..kehkehkeh" huh! I hate injection needle! kbai!


oh by the way, I'm in 26 weeks of pregnancy. counting to 27 weeks very soon. hehe. kbai!









Friday, July 13, 2012

Sweet seventeen.

Curhat by I E Z S M Y at 7/13/2012 09:28:00 AM 0 curhat
eh ai always cute lah.



HAPPY BIRTHDAY TO ME YESTERDAY!! eh? haha.


sweet 17 for I-dont-know-how-many-times-haha. age is just a number. I still feel young bahaha! ok cukup la perasan muda kau dah nak jadi mak orang dah peahhh oii.


no celebration was made yesterday. sedih? takkk.. tak perlu parti2 buih terkinja kinja sambil minum air oren segala bukan muda lagi pun. eh sedar pulak haha. tapi janji dengan si dia kena belanja makan hujung bulan nanti. ok sekarang pikir nak makan apa. harus yang berharga sikit haha. hmmm aku teringin makan lobster. eh bukan, sikecik ni buat aku teringin nak makan itu. sorry sayang, mummy terpaksa gunakan kamu. kehkeh. si dia mungkin kata ok, tapi muka ketat sambil menjeling tajam haha. eleh tak heran, jelingan aku lagi tajam lah.


jadi semalam tak ada lah surprise yang melampau sampai rasa nak menetes air mata ni haa. cuma ada la jugak, orang ofis belanja breakfast n lunch. terima kasih! lepastu balik kerja macam biasa. malam si dia masakkan dinner, lepastu puji lah sedap sebab nak mintak dia basuh pinggan sekali haha. birthday girl kannn. terima kasih daddy sayang! walaupun muka dia ketat. huh. bukan selalu pong.


ok lah bai. nanti update lagi. kot.










Monday, July 9, 2012

Senin yang _______ (sila isi tempat kosong)

Curhat by I E Z S M Y at 7/09/2012 10:46:00 AM 0 curhat
oh dont disturb me please, my sleep is so precious.


bangun pagi memang liat.. bese lah hari senin kan. lagi2 semalam hujan, langsir tutup sebab takut kilat, jadi pagi tadi bilik gelap, sejuk. si dia? berbungkus sedap gila dengan comforter. jeles. aku tetap kena bangun jugak. dah siap mandi, baru kejut si dia.


amekaw. hari ni lambat. si dia lah, sebab masuk pukul 8, aku tak pe. HR kan, sukati la nak masuk pukul berapa. peehh bahagia hidup kan. tolong jangan tiru perangai ni. hehe. macam biasa, pergi ofis dia dulu, punch card, baru hantar aku.


beli sarapan sebelum aku masuk ofis. bayi perlu makan, kalau tak dia sepak + guling2 dalam perut. aktif sikecik ni sekarang. (^_^)


minggu lepas checkup, seronok tengok sikecik main2 dalam perut. tangan kat muka, kaki kat muka, satu badan doktor bagi tengok. ok kira jari dia ada berapa, 1,2,3,4,5.. doktor tolong kira. haha. paling best, dapat tengok part 'tu'. suka sangat daddy dia. dah boleh beli barang secara spesifik dan detail untuk sikecik.ohh 'tu' adalah rahsia. hehe.


lagi seminggu lebih nak puasa, tak lama dah nak raya. eh aku pikir raya lebih2 pulak. puasa dulu la oi.

minggu ni ada special day aku. ehe. lagiiiii 3 hari. huehue.


mengomel secara random. ok lah tu, aku bukan selalu update pun. lagi suka tidur je. haha. okbai.










maru kucing bulat comel yang suka kotak. nak cubit pipi dia, nak tarik misai dia, nak pelok dia!
aarrrggghhhhh!!








Monday, June 25, 2012

camni la kalau dah kawennn...

Curhat by I E Z S M Y at 6/25/2012 11:54:00 AM 0 curhat
kadang2 terasa misteri bila kita tak tau rupa sebenar anak yang dalam perut ni. ikut rupa mak nya ke, bapak nya ke. chubby ke pipi labuh ke. 4d scanner kan ada.. eh memang lah, tapi takkan setiap kali checkup nak scan 4d aje kan. bukan murah pun harganya haa.

terasa macam masuk Deco bersama Eric Leong, bila kita kena tunggu laaamaaa lepastu bukak pintu dia jerit "SURRPPRIISEEEEEE!!!!!!!!" dengan muka hepi gile. oh mak kau tekejot mak jemah haaa. hmm aku rasa macam tak ada kena mengena pulak. eh lantak lah lebih kurang la kot.

tapi maksud utama dia adalah MISTERI. tak sabar pulak nak tunggu si kecik ni keluar.



*****************************************


kesinambungan dari tajuk kat atas. camni la kalau dah kawen. kurang masa nak berblog bagai. lagi pulak tak ada isu yang nak di bangkit kan. eceh. lebihkan masa dengan suami. berguling2 dengan suami. eh maksud nya bergurau senda sambil tengok dvd. jangan pikir bebukan sangat.

tambah lagi tengah berbadan dua. dulu berangan nak berbadan dua, sekarang realiti dah haa amekaw. memang aku nak berehat je banyak2 sambil mengunyah. dan badan dah start mengembang. oh jeles tengok orang badan kurus. wuuuu...

jadi memang jarang lah nak hadap benda alah blog ni. ok bai.









Friday, June 1, 2012

Malu nya!!

Curhat by I E Z S M Y at 6/01/2012 11:10:00 AM 1 curhat
Assalamualaikum. baik harini jumaat kan. haha. I'm back after 2 weeks 'hilang' hehe.


my condition is getting better, the baby is 13 weeks old now. kadang kadang terpeleot jugak dengan drama muntahan segala, tapi dah imun dah haha. selagi tak keluarkan isi perut, aku tak kan rasa selesa.


i have no problem with foods. memang macam tong sampah telan je semua haha. perangai tak berubah dari bujang dulu. tapi ada jugak yang kadang tekak tak boleh terima dan makan sikit je. perlu kenyangkan perut ni sentiasa, kalau tak memang rasa tak selesa nak buat apa2 sebab asik bunyi kelaparan. haishh. hari2 akan bawak satu beg makanan dari rumah, makanan kering macam kerepek2, mushroom soup 3 in 1 tu, biskut, yogurt, air masak mesti bawak dan lain2 ikut apa yang ada kat rumah. dalam laci ofis dah ada kurma, badam, asam, gegula. sangat variety haha! itu bahan2 untuk mengunyah semasa bekerja. boleh pilih salah satu. mushroom soup tu optional kadang terasa nak makan yang agak berat antara pukul 2pm - 530pm tu, just pour the boiling/hot water dan cicah ngan roti/biskut. done! kenyang la kejap sebelum sampai rumah. but mostly setiap masa aku mengunyah, sebab tu kena ada makanan kering. lunch n dinner aku makan nasik dan kena ada sayur. bukan la aku makan kerepek je setiap masa yek. bayi ikut perangai mak dia haha.


2 days ago, aku kerat rambut, fuhh lega ringan kepala, kurang sakit kepala dah.


next week 2nd monthly check-up. mummy dan daddy nak tengok kamu ye baby. please behave. haha.


************************************


on the other hand, ini cerita yang kadang tergelak sendiri. see the picture?



kadang aku tersarung macam ni masa nak keluar dari bilik kat ofis. boleh? nasib tersedar sebab tengok bawah. eh?alamak.. pastu gelak sorang dan pi tukar balik.

selipar belang tu memang dok kat ofis sebab masa belum kawen, aku pakai wedges, jadi perlu ada selipar spare untuk senang aku berlari2 dalam ofis compare kalau berlari pakai wedges, rasa nak terpeleot. dan sekarang dah ada budak kecik ni aku pakai sandal je. kaki kan panjang memang tak dok diam bawah meja, bila nak keluar bilik, main sarung je tak tengok apa dah. jadi la macam tu. tak apa tak ada orang yang nampak lagi. huehue.



okeh bai!










Wednesday, May 16, 2012

Campur campur lagi.

Curhat by I E Z S M Y at 5/16/2012 04:19:00 PM 1 curhat
aku ada masalah nak letak title. benci nak pikir title amik masa berejam. jadi letak je lah mana yang terlintas kat kepala.


my condition is still 50-50. kejap ok kejap tak. mual still ada lagi. tapi bukan setiap masa. masa gosok gigi, and masa dalam kereta. masa berjalan pun kadang mual. T__T malas? of course masih ada! haha. teruk mak budak ni.


gosok gigi 5 minit jadi 10 minit. adoii kena kawal pernafasan aku tak bagi tekak rasa geli. tapi kadang tak berjaya. tak muntah tapi rasa nak muntah. kena relak kejap then baru lega.


dalam kereta si dia letak perfume kereta yang gila busuk bau. tapi si dia kata hey wangi lah! no its busuk ok. I can't stand the smell. dan tadi aku suruh dia remove perfume tu. ia boleh membuatkan aku lagi bertambah mual dan sakit kepala. dah lama aku tahan masuk kereta je buat muka tahan busuk dan pandang si dia. dia buat muka blur. ahh nyampah. lagi pulak aku tak boleh rasa gegaran macam langgar bonggol ke lopak air ke yang buat kereta bergegar. itu salah satu gejala rasa nak muntah. asik pegang perut je kalau dalam kereta. (-,-') mula terpikir, macamana kalau nak jalan jauh nanti. harap 2nd trimester nanti jadi ok.


pergerakan aku jadi selow motion haha. tak lah macam siput. tapi aku kurang kan jalan laju yang boleh buat perut bergegar. sebelum ni berlari kat opis sebab nak kejar orang mintak sign no hal. tapi sekarang tidak lagiiii... *ayat iklan ke? haha


aku google tentang boleh ke minum air sejuk dalam peti masa mengandung? bukan kunyah ais. itu bukan kesukaan aku. sejak pregnant dah jadi sedap minum air sejuk, even air kosong pun rasa sedap gila lalu kat tekak. jadi ada la carian google yang berkesan, ada yang mengelirukan macam mitos kepala anak jadi besar, anak jadi besar, air ketuban jadi banyak bla bla..scary pulak dah.... aaaa jadi boleh ke?


hari ni terasa nak update. mak terajin sikit arini nyah. okbai.









Monday, May 14, 2012

campur campur.

Curhat by I E Z S M Y at 5/14/2012 12:47:00 PM 2 curhat
hey peeps. kembali semula mengarang setelah sekian lama menyepi. tu dia ayat sastera mai doh haha. i've been in uncomfortable situation past 2,3 weeks ago, jadi memang tak tengok blog pun. bukak laptop kat rumah pun malas.


amik cuti seminggu untuk rehat kat rumah minggu lepas. terasa nak rehat puas2 tidur tengok tv tidur makan tidur oh bestnya. kuat tidur dia ni. kepala pening, badan terasa lemah n lemau jadi tidur is the best kot. haha. dan sekarang kena kurangkan sikit sebab dah balik kerja. jadi tidur malam aje. (-,-)


semalam hari ibu. si dia wish lepas pukul 12 malam, aku dah separuh tidur sambil dengar mp3, pandang si dia kat sebelah and he said "Happy Mothers Dayyyy". even belum jadi mak lagi hehe. takpe bakal. macam biasa aku tanya "wish je ke?" "dah tuuuu.. tunggu yang dalam perut ni keluar nanti..." si dia balas. oh ok. fine. aku tuntut bulan 7 nanti. haha.


during the day celebrate sikit2 with family. since weekend memang aku duk umah PIL, jadi buat la makan2 beli kepsi pizza n kek sebijik. my baby suka dapat makan berkolestrol itu. mak nya lagi la suka. haha. jemput mak abah aku datang, tapi abah tak sihat. alaa tak syok. =(
gambar tak ada sori. keadaan time berbadan dua ni yang sangat serabai memang tak la aku nak bergambo sakan.


ok tu je lah update setelah menyepi yek. nanti kalau rajin update lah. hehe. mak malas lagi nyah. kbai.









Monday, April 23, 2012

aku malas sekarang kbai.

Curhat by I E Z S M Y at 4/23/2012 03:26:00 PM 0 curhat
malas. lemau. penat. ngantuk. nak nangis rasa. sobs sobs.

sedang berperang dengan 1st trimester yang kadang2 ok kadang2 ko. bila ko tu yang tak tahan. mujur tak ada sickness yang gila, just mual main2 geli2 tekak yang buat aku cakap, haihh sabooo jelah.. tapi bersyukur sebab tak ada morning sickness yang serius.


minggu lepas ke pasar malam, sambil2 carik makanan, carik jugak buah ni.

the bestest pelam evah!


aku beli sekilo. banyak jugak. "ni nak makan ke melantak?" si dia tanya. "melantak bang.. buat macam makan nasik.." *sengeh perli kat dia.. si dia geleng kepala. haha.

sampai rumah, suruh mak buat jeruk, tapi mak cakap pelam tu dah bersabut. "nak buat jeruk kena la pelam muda, makan krup krap bunyi baru sedaappp.." e'eh mak, mana la tau pelam tu dah bersabut ke belum, asal nampak ijo ngan keras tu muda la tu. tak pe lah makan colek pun sodap. tiap2 kali pegi pasar malam memang itu yang aku carik. jadi bekalan sentiasa ada sepanjang 1st trimester ni. hehe. sori baby, mummy terpaksa makan. tapi mummy tak makan hari2 pun.

*********************************

currently si dia teringin nak makan ubi keledek bakar. first and last kami makan masa kat Genting. memang sedap especially makan masa panas berasap.






dan sekarang si dia dah mengidam. me.ngi.dam. jadi, siapa yang pregnant sekarang?? okbai.










 

The memorable memory.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting